Just HIM is perfect!...~

WeLcOme tO my WorLd dat's full of frAgranCes and peaCeful of MemOries...!!~ hidup mesti diteruskan....ucapan selamat saya dahulukan kpd yg sudi datang singgah ke blog ini... xde ape pon... just about myself. Tempat bercerita dan sharing~ hehe....Nik f@wie

AttentiOn!!!

Hi, guys!! Don't 4get to peek on my Older pOsts tOo!! maybe there's sOmething special abOut u all especially my frends!

Keep Smiling ~

Love Story-Oh Love Destiny         
By :F@wie © Sdn.Bhd


Chapter 1 
MEMORI  SILAM DUKA MACAM CUKA




**************15 tahun dahulu***************

Di hujung benua Asia Tenggara, iaitu negara Malaysia, terdapat sebuah keluarga Encik Rizal tinggal di suatu kawasan yang agak terpencil di pusat pedalaman jauh dari Bandar. Kehidupan mereka hanya sederhana.
            “Afiq…..Afiq, mari sini jap!”sahut Mak Ramelah, isteri Encik Rizal kepada anak sulong lelakinya.
            “Ya, mak!”jawab Afiq dengan ringkas. Kelihatan Afiq berjalan ke arah ibunya di ruang tamu. Ayahnya turut berada  bersebelahan ibunya. Dia berasa pelik akan sikap ibu-nya pada hari itu.
            “Afiq, dengar sini baik-baik apa yang mak mahu beritahu kamu.”Cakap ibunya.
Afiq tidak membalas dengan kata-kata tetapi hanya menganggukkan kepalanya.
            “Sebenarnya mak dan abah kamu ni… terpaksa pergi ke Bandar esok hari atas  urusan kerja. Jadi mak harap Afiq dapat menjaga adik-adik kamu yang lain dengan baik semasa ketiadaan kami berdua. Boleh, kan?” ujar panjang lebar ibunya terhadapnya.
            “Lama ke mak dan abah pergi… ?” tanya Afiq dengan nada sedih.
“Tak lama, ..Fiq. Cuma hanya untuk beberapa hari saje? Mak sayang sangat nak tinggalkan kamu semua tapi …dah terpaksa nak buat macam mana.” Balas ibunya dengan suara dengan sebak.
            “Afiq, kan dah besar. Pandai-pandailah jaga diri dan ingat ,…tunggu sampai kami pulang, ya nak?” kata ayahnya sambil menggosok-gosok belakang anaknya, Afiq perlahan-lahan.
             Pada malam itu, semasa anak-anak mereka sedang nyenyak tidur, Mak Ramelah pergi memasuki bilik tidur anak-anaknya untuk melihat raut wajah anak-anak. Kemudian dia mencium dahi semua anaknya sebagai ciuman selamat malam. Terdetik dalam hati-nya, berasa sungguh berat untuk meninggalkan mereka esok pagi.
            Selepas itu, Mak Ramelah keluar dari kamar tidur anak-anak terus berjalan masuk ke dalam biliknya bersama suaminya. Sebelum mereka masuk tidur, mereka berborak terlebih dahulu.
“Bang,…perlu kew kita  pergi ke sana besok?” Tanya Ramelah kepada suaminya.
            Rizal berasa sedikit terkejut kenapa isterinya tiba-tiba sahaja menanyakan soalan sebegitu kepadanya sebentar tadi. Dia pun membalas, “…Kenapa Melah tiba-tiba tanya abang soalan macam tu? … Melah tak mahu temani abang ke?”
            “Bukan macam tu….. Melah cuma ..cuma  rasa berat dan sayang nak tinggalkan anak-anak kita kat sini sorang-sorang lagipun bukan ada sesiapa pun boleh tolong tengok-tengokkan mereka.” Balas Ramelah.
            “ Melah,..usah risau akan keselamatan anak-anak kita kat sini, tentu mereka selamat. Lagipun kita bukannya pergi lama hanya buat dua tiga hari je..” ulas Rizal lagi kepada isterinya.
            “ Bang,.. tak boleh ke kalau abang berirtahu bos abang tu yang kita tak boleh pergi esok hari. Macam mana?”
            “ Ishk,..ape yang Melah merepek ni! Mana boleh…Melah tahu tak yang kita mesti pergi ke sana adalah atas urusan kerja abang yang penting. Bos abang yang suruh takkan-lah abang nak membantah, nanti apa pulak kata bos abang”
“Tapi, bang..” cakap Melah pula.
“….Alah, usah difikirkan lagi , jom kita tidur nanti lewat kita bertolak esok pagi.” Rizal potong percakapan isterinya dengan pendiriannya yang masih teguh. Kemudian mereka berdua pun menutup lampu dan terus tidur bersama di atas katil berselimutkan  selimut lembut yang selesa.


Keesokkan paginya, Encik Rizal dan isterinya tergesa-gesa meninggalkan kampung demi suatu tugas penting yang harus diselesaikan dengan menaiki kereta kepunyaan mereka. Suasana redup menyelubungi waktu hening ketika itu dengan kedengaran tangisan anak-anak mereka. Mereka menangis teresak-esak. Mak Ramelah berasa sungguh sebak untuk meninggalkan tempat itu.
Sebelum itu, Mak Ramelah dan Encik Rizal  memeluk erat-erat anak-anak mereka dan memberi kucupan sayang. Seterusnya Encik Rizal dan Mak Ramelah masuk ke dalam kereta dan melambaikan tangan terhadap anak-anaknya sambil menitiskan air mata.
Sebaik sahaja mereka meninggalkan Afiq, anak sulongnya, tujuh tahun, manakala adik beradik kembar perempuan, hanya berumur tiga tahun, mereka melambaikan tangan mereka kepada kedua-dua ibu bapa mereka sambil menangis. Mereka yakin dan percaya bahawa mereka akan pulang kembali sebaik kerja mereka siap.   
Namun begitu, suatu tragedi yang amat mengerikan telah menimpa kedua-dua ibu bapa mereka dalam kecelakaan kemalangan yang berlaku dalam perjalanan mereka menuju ke Kota Bandar. Ia melibatkan sebuah lori panjang mengangkut barang-barangan pukal telah merempuh kenderaan yang dinaiki oleh Encik Rizal bersama isterinya dengan ganas mengakibatkan Encik Rizal  mati tersepit dan lemas dalam kereta yang separuh musnah.
            Manakala Mak Ramelah pula terhumban keluar dari kereta melalui cermin kereta di hadapan kereta apabila pecah berkecai dan terus jatuh dan terdampar di atas jalan raya dalam keadaan meronta-ronta bergelimpangan di atas jalan raya berlumuran darah yang tidak henti-henti mengalir keluar.
            Tanpa diduga, lori panjang tersebut terus memandu mara ke depan dan Mak Ramelah telah digilis oleh lori dengan kejam dan seksa. Darah tersembur keluar. Alangkah sedihnya, hanya tinggal serpihan-serpihan dan cebisan-cebisan daging kemerah-merahan bertaburan di atas jalan raya. Tangan dan kaki kanan mangsa patah dan tercabut dari tubuh badan, tambahan pula, otak di bahagian kepala mangsa hancur satu persatu terkeluar akibat digilis oleh lori panjang dengan laju.
            Pemandu lori tersebut yang terlibat dalam kes langgar lari itu berjaya melarikan diri namun hasil kerjasama masyarakat setempat dan pihak polis, si penjahat berjaya diberkas dan ditangkap untuk dijatuhkan hukuman yang setimpal.
            Akhirnya desas-desus khabar berita kematian Encik Rizal dan Mak Ramelah sampai kepada pengetahuan anak-anak mereka. Alangkah hibanya, betapa sedihnya hati mendengar berita sedemikian, kematian kedua-dua ibu bapa yang tersayang. Afiq dan adik-adiknya telah dijaga oleh sebuah keluarga yang baik hati sudi mengambil mereka.

      Dalam negara yang sama, terdapat ramai golongan kaya-raya. Salah seorang daripada mereka merupakan keluarga Bos kepada ibu bapa yang terlibat dalam kes langgar lari tempoh hari. Mereka sekeluarga mendiami di sebuah mahligai agam mewah yang terletak di pusat Kota Bandar. Hubungan kekeluargaan mereka tidak bahagia dan kini sedang berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham sesama anggota keluarga mengakibatkan keluarga mereka menjadi huru-hara.
            “Kenapa abang sanggup tipu Rose?!! Cakap, Bang!” laung si isteri, Rose terhadap suaminya yang banyak muslihat.
            “Apa yang Rose merepek ni ?!! Abang nak jelaskan macam mana untuk Rose percayakan Abang?!!” balas suaminya dengan nada yang tinggi.
            “Oh…abang cakap saya merepek? Habis Tu!! Abang buat semua ni betul belaka, saya soranglah asyik salah. Ha, kan?!!” bidas Rose terhadap suaminya.
“Sudah!!Sudah!! Hentikan semua ni nanti apa jiran sebelah kata kat kita pulak.” kata si suami untuk mempertahankan kesalahan diri.
            “Tahu pun malu, tapi abang tipu Rose selama ni abang tak ambil kisah perasaan Rose! Betapa sakitnya hati Rose apabila dengar abang bermain kayu tiga, abang tau tak?!!” cakap Rose dengan perasaan kecewa.
            “Siapa kata abang main kayu tiga? Abang sayang Rose sangat sangat…tak ada orang lain yang dapat gantikan tempat Rose di hati abang. Percayalah…,Rose” ulas si suami.
            “Percaya? Abang tahu tak kepercayaan saya kat abang dah hilang!Hilang! Semua orang beritahu Rose yang nampak abang keluar makan dan bersiar-siar dengan perempuan lain belakang saya. Rose mulanya tak percaya tapi…bila Rose nampak dengan dua biji mata Rose sendiri, betullah desas-desus mengatakan abang ada simpan perempuan lain. Itupun abang masih nak beri alasan!!” terang Rose dengan hati terluka.
            “Semua salah! Abang hanya ajak dan keluar makan dengan pekerja abang je. Itu je..” “ Bohong!!” tengking Rose dengan nada tinggi. Oleh itu, si suami berasa sudah tidak tahan dengan cemuhan yang dilontarkan oleh isterinya sekilas bertindak di luar dugaan.
            “PAMP!!” Suasana menjadi sepi sebaik sahaja si suami ini menampar si isteri dengan tangan  sendiri. Si isteri rebah ke lantai. Anak-anak mereka sedang menyaksikan tindak-tanduk mereka itu terpampang melihat tindakan ayah mereka terhadap ibu mereka.
            Rose pun menoleh pandangan dan merenung wajah suaminya. Bibir Rose berdarah akibat tamparan suaminya itu. Dia bingkas berdiri dan terus berlari naik tangga menuju masuk ke dalam bilik tidurnya.
            Kemudian, si suami sedar bahawa mereka berdua sedang diperhatikan oleh anak-anak mereka. Sebaik sahaja dia terpandang mata anak-anaknya di sebalik tiang, anak-anak terus beredar dari situ dan masuk ke dalam bilik masing-masing. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan bercerai.
            Anak sulong lelaki mereka telah mendapat hak  penjagaan oleh ibunya manakala adik-adiknya diambil dan dijaga oleh bapa mereka setelah diputuskan oleh hakim mahkamah kes perebutan hak penjagaan anak. Pada mulanya, anak kedua dan anak bongsu tidak mahu ikut bersama si bapa kerana mereka tidak suka akan sikap bapanya.

      Beberapa bulan kemudian, si bapa ini mengalami kerugian yang menjunam dalam perniagaan syarikatnya dan juga dalam pelaburan saham membuatkannya terpaksa gulung tikar. Sementara itu, isterinya, Rose bersama anak lelakinya berjaya menempuh segala jerih perih sehingga mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung kehidupan. Mereka berasa sungguh bersyukur dan gembira.
            Walau bagaimanapun, adik-adiknya yang lain kini sedang merana dengan kesengsaraan hidup yang dialami oleh mereka dalam umur yang masih kecil semenjak kematian bapa mereka. Sebelum dia menghembus nafas yang terakhir, dia sempat menceritakan suatu rahsia kepada anak perempuan keduanya supaya dapat memakbulkan permintaan bapanya yang terakhir apabila dewasa kelak untuk menembus kesalahannya semasa dia masih hidup dulu. Rahsia itu tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali anak kecil molek itu sahaja.
            Setelah itu, semua harta dan loan tanah dirampas oleh pihak berkuasa dan kini hanya tinggal sehelai sepinggang. Anak-anak kecil itu telah dihalau keluar daripada menjejak masuk ke dalam rumah agam itu lagi.
            Betapa susahnya kehidupan yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak kecil itu dalam usia yang belum cukup matang untuk menanggung beban dan penderitaan yang dialaminya. Mereka terpaksa tidur di kaki lima dan di tepi jalanan serta berlutut meminta sedekah untuk cukup makan dan minum.
BERSAMBUNG......

About My blog

first of all, i would like to say that this blog tells abOut me...sO for those dOesn't like to read..u can gO far far far away frOm here...hehee

the MAIN purpOse i wrOte this blog is to immortalize my wOnderful mOments wif my cherished fellow frends either new or Old!! Have fun~ Don't forget to leave the cOmments tOo... *

pRay 4 my happiness~

MaSa itU ibArat Anak tekAk..!!

~ ~ ~

!!

My photo
ak jahat owgnye... ak jujur leh kate yg aku ni jahat... jahat... jahat.... hahahahah3... xdela...sekarang tgh melanjutkan pelajaran di Jordan University Science and Technology (JUST)...beyOnd success!

Followers